Pages

Sunday, August 15, 2010

Isu Penyalahgunaan Dadah


Pengertian Dadah

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Apakah penagihan dadah
Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini,mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan,terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan
yang lebih lama,penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.
Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti
mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi
membeli dadah.
Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan
wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah
dalam apa cara sekali pun.
Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

Apakah istilah-istilah mengenai dadah yang perlu diketahui?
Dadah Psiko aktif
Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
Contohnya; valium, ganja.
Dadah bukan Psiko aktif
Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.
Pergantungan
• Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan
dan mengelakkan rasa ketagih
• Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan
tertumpu kepada dadah setiap masa
• Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan
mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
• Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih
perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut
Gejala Penarikan
Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah
dengan mendadak.
Lali
Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.


PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
 
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:- 
    1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
    2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
    3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
    4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
    5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
    6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
    7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
    9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
    10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
    11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
    12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
    13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama. 


 
Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?
Opium / candu
• Morfin, Heroin - euphoria, painkiller
o Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
o Euforia, ubat tahan sakit
Perangsang
• Kokain, Amfetamina -
o Euforia, berkeyakinan
Penenang
• Anxiolytics / Anti-anxiety drugs - Benzodiazepines
o Benzodiazepines
Halusimogen - Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)
• Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
• LSD - lysergic asid diethylamide, asid
Nikotin / Tembakau
• Terangsang dalam dos yang kecil
Alkohol - agen kemurungan
• Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
Hidu (Inhalants / Solvent) - Menghidu gam atau petrol
Lain -lain - daun ketum

TANDA DAN GEJALA
Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
• Resah, gelisah
• Prestasi kerja atau akademik yang merosot
• Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
• Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
   Perubahan emosi secara tiba-tiba
• Bercakap merepek
• Mengabaikan penampilan diri
• Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
• Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik
   tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
• Kelihatan letih, penat dan mamai

 KOMPLIKASI
 
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
• Kebersihan dan kesihatan diri
• Kesihatan mental
• Prestasi pelajaran
• Hubungan sosial
• Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
• Penggunaan pelbagai jenis dadah
• Aktiviti jenayah
• Kaum keluarga
• Masalah perubatan
• Masalah psikiatri
• Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

RAWATAN
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah
sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.
Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk:
Detoksifikasi
• Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
Terapi kelakuan
• Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
  Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
  Terapi penggantian dadah
• Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
• Methadone - Ketagihan ubat penenang
• Nikotin - Ketagihan rokok

PENCEGAHAN
Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan
dadah?
• Kesungguhan pada aktiviti yang lain
• Status sosioekonomi
• Pengaruh rakan sebaya
• Pengaruh ibu bapa
• Budaya dan etnik
• Nilai hidup yang sederhana
• Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
• Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?
• Percaya diri sendiri
• Berkemahiran menyesuaikan diri
• Berkemampuan bangkit dari kegagalan
• Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
• Menghargai kesihatan
• Membina minat dan aktiviti yang baru
• Matang dalam fikiran
• Sokongan berterusan daripada keluarga
Seseorang itu perlu mendapatkan:
• Latihan menjadi afektif
• Sokongan masyarakat
• Pembangunan kerohanian diri
 
PEMULIHAN
Melibatkan prosedur rawatan seperti:
• Terapi dadah gantian
• Pengurusan tingkah laku
• Kaunseling
• Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
• Latihan menjadi asertif
• Sokongan masyarakat
• Pengisian dan perlembagaan rohani
  Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari
  ketagihan dadah.
  Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.
  Sokongan sosial termasuk:
• Pembangunan kemahiran
• Penempatan pekerjaan
• Pusat bantuan setempat

KUMPULAN SOKONGAN
Pusat pemulihan:
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan
• PEMADAM
• PENGASIH
   Pakar sakit jiwa
• Pakar kaunseling penagihan dadah
• Pakar psikologi
• Ibubapa
• Guru sekolah

KEBAIKAN DADAH
Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.
Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:
  • Bahan farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat.



KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952
METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.
 
 

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
JENIS DADAH
SEKSYEN
KESALAHAN
BERAT DADAH
HUKUMAN/DENDA
Ganja
6
Memiliki
Ke bawah 20gm
RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
39A (1)
Memiliki
20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm
Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.
39A(2)
Memiliki
50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
6B
Menanam pokok ganja
Tidak kira berapa pokok
Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali
39B
Mengedar
200gm ke atas
MATI
Candu
9
Memiliki
Ke bawah 100gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
39A(1)
Memiliki
100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
39A(2)
Memiliki
250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39B
Mengedar
1000gm
MATI
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine
12(2)
Memiliki
Ke bawah 2gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
39A(1)
Memiliki
2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
39A(2)
Memiliki
5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39B
MENGEDAR
15gm ke atas
MATI
Ubat Batuk
9(1)
Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar
-
RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya
Pil
30(3)
Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar
-
RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya
Syabu
12(2)
Memiliki
Kebawah 5gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
39A(1)
Memiliki
5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
39A(2)
Memiliki
30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
39B
MENGEDAR
50gm ke atas atau lebih
MATI
 

 
 


 



 



2 comments: