Pages

Saturday, August 7, 2010

Pembuangan Bayi Yang Tiada Siapa Mengetahui Bila Akan Berakhir

Bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa
Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini
sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Lebih menyedihkan
kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu. Terdapat
beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.

Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di
kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran
agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak
menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda
terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.
Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah
dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan
cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala
tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan
biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat.
Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada
batasnya.

Seterusnya, adat-adat yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan
bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan
perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat
menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak
dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar
nikah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah
terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu
jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam
masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini
dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu
bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus
memperuntukkan waktu bersama anak- anak.

Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah
pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah
antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil
berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.
Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar
kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu
keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang
lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.

Selain daripada itu juga,faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini
ialah masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang
melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang
terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana
itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri.
Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak
berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan. Jadi masalah tidak akan berakhir jika semua ahli masyarakat mempunyai pemikiran seperti ini. Oleh itu, anak-anak remaja perlulah dikawal tingkah laku mereka supaya gejala membuang bayi tidak lagi berlarutan di masa hadapan.

1 comment: